KUALA LUMPUR: Bermula pukul 7 malam ini hingga 12 tengah malam 5 Disember, pencahayaan di Pintasan Saloma akan bertemakan "Ghostbusters: Afterlife" sempena tayangan pembukaan filem baharu itu di seluruh pawagam pada Khamis.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam kenyataan berkata Fast Track Events Sdn Bhd (Malaysia), selaku syarikat yang dilantik oleh Sony Pictures, bekerjasama dengan PKB untuk menjadikan mercu tanda itu sebagai lokasi bagi tujuan promosi filem pecah panggung itu.
"Buat pertama kalinya, Pintasan Saloma menjadi lokasi promosi filem ini. Kini, ia bukan lagi menjadi lokasi ikonik pelancongan baharu dan lokasi pencahayaan bagi kempen sempena hari tertentu di Malaysia dan sedunia, malah menjadi medium mempromosikan filem pecah panggung tempatan mahupun luar negara," menurut kenyataan itu.
PKB mengucapkan terima kasih kepada Fast Track Events Sdn Bhd (Malaysia) dan Sony Pictures atas inisiatif itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Buat pertama kalinya, Pintasan Saloma dipilih menjadi lokasi promosi filem. - Foto fail/BERNAMA
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
4,000 sertai Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma
4,000 peserta termasuk penduduk di sekitar Kampung Bharu, di sini hadir memeriahkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma
Tiada tong sampah di Pintasan Saloma: Ubah mentaliti rakyat Malaysia - PKB
Rakyat perlu menghargai kewujudan Pintasan Saloma dengan menerap mentaliti menjaga kebersihan tanpa tong sampah yang dilaksanakan di lokasi berkenaan.